harini juga nina nak kongsi satu blog nina tentang macam mane ciri2 kawan atau teman sejati..kawan adelah orang yang paling rapat dengan kite.tapi kite xprnah terpikir macam mane ciri sejati seorang kawan,hope kite tidak salah memilih kawan yang terbaik untuk kite.kawan lah ade dimase kite senang dan sanggup menjage kamu diwaktu susah.JIKE,kamu anda kawan ciri2 macam nie hargai lah mereka. so,nak tahu lebih lanjut.. jom !la bace blog nina nie... ^___^.
"Kawan Sejati"
![]() |
| HARGAI PERSAHABATAN |
1.Jika kita berbakti kepadanya, dia akan melindungi kita
2Jika kita rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kita
3Jika kita memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kita
4Jika kita menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik
5Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu
6Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya
7Jika kita meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya
8Jika kita berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu
9Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu
10Jika kita merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu
11Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan
12Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
13Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat Mungkin juga kita mempunyai sahabat² seperti ini yang merosakkan kita dan hanya hendak bergembira dengan kita sahaja apabila kesusahan menjelma hilang entah kemana.
sahabat . kawan . teman
yang
TAMAK
Memberi bantuan sedikit sahaja tetapi meminta balasan seluas lautan dan hanya mementingkan diri sendiri.
sahabat . kawan . teman
yang
HIPOKRIT
Bersahabat kerana cerita² dahulu dan berusaha mendapatkan simpati dengan kata² kosong apabila kita meminta bantuan dia menyatakan tidak sanggup.
sahabat . kawan . teman
yang
PENGAMPU
Dia bersetuju dengan semua yang kita lakukan tidak kiralah betul atau salah pekara tersebut, yang sedihnya dia setuju dengan hal² yang tidak berani dia menjelaskan kebenarannya, di depan kita dia memuji-muji kita tetapi di belakang kita dia merendahkan kita.
sahabat . kawan . teman
yang
BOROS & SUKA HIBURAN
Dia menjadi kawan kita jika kita suka berpesta, suka berkeliaran ‘melepak’ yang tidak kena waktunya dan suka ke tempat hiburan ‘clubing’ dan semua pekara yang sama dengannya.
Lastly...hargailah kawan kite sbagaimana dia prihatin pade kite,tidak kire la siape dia.."kaya" or "miskin" semuenye same..x sie2 pon kite berkawan sesorang itu,if dia adelah kawan yang terbaik untuk membimbing kite kejalan benar..insyaallah..AMIN.

No comments:
Post a Comment