Wednesday, 8 May 2013

Setiap Masalah Ade penyelesaian~~




Salam Hai kawan2 semua!! Dah lame kan tak jengok blog hehe.. Rindu sangat dekat blog maklum lah busy sikit dengan study dan buat kerja 4 time.Bulan Mei pon dah masuk da.. sebelum2 nie banyak jugak pengalaman dan rintangan dpat kite pelajari dan memahami.Bak kata orang Pengalaman mengajar kita kehidupan sebenar.kita dah tak boleh macam dulu,bila ade masalah je menangis,mengadu dekat mak.Bila umur kita semakin meningkat dan kita berada di tempat orang kite kena berdikari dan bijak membuat keputusan dalam ape2 pon halangan di alami.Kadang2 aku cepat mangalah dengan ketentuan yang tuhan bagi,tapi setelah aku muhasabah diri dan fikir sedalam2nye dengan tenang  serta mendekatkan diri kepada Allah,, Alhamdulillah! aku dapat menerima semua ini dengan tabah dan sabar walaupun pahit untuk aku menelan segala beban yang aku hadapii... Aku akui aku hanya manusia yang lemah dan banyak melakukan dose yang kite tak terfikir langsung itu adelah sesuatu perbuatan yang tidak disukai Allah,walau bagaimanapun kite tetap berdoa dan meminta keampunan kepadanye.Yang paling penting jangan sesekali kite sombong untuk berdoa kepada Allah,kerana susah dan senang dia selalu disisi kita.So jangan kite cepat putus ase dengan ketentuan ilahi,setiap masalh ade penyelesaiannye.Insyaallah~



I LOVE DATABASE ^_^

I love Data Base Hehehe..Membangunkan sebuah sistem menggunakan microsoft acces bagi aku adalah mencabar.. bersama rakan2,untuk menbangunkan sistem laman web sekolah agama taman pasir putih, pasir gudang .Final exam,kitaorang kena buat betul2,wlaupon agak serabot,stress or dengan sesat tersalah masuk sekolah lain,huhu dugaan~~ tapi tu semuanye ade hikmah.Nasib baik lah jumpe ustazah yg baik hati sanggup hantar kami berlima ke skolah taman pasir putih tersebut.Dan kami baru tahu masuk je kawasan sekomematahkan kami untuk terus berusaha.Bak kata orang susah senang kita bersama..Usaha tangga kejayaan. : D.Orang kata buat sistem ni senang,memang la senang tapi kalau kite buat xberape bagus mne mungkin org lain nak..betul tak?? umpama kite jahit baju  lengan sebelah pendek sebelah lengan panjang,lebih kuranglaa~ haha. so aku harap sistem ni berjaya kami bangunkan dengan jayanye,insyaallah Amin!!


ini sekolah agama taman pasir putih yang kami kena buat untk sistem pendaftaran murid .

Orang kuat bangunkan sistem sekolah Agama,hehehe



Monday, 23 January 2012

"9 Fadhilat Mengasihi Anak-anak,Patut Ketahui..."

Subhanallah..macam2 kite akan ketahui bile mengetahui FADHILAT mengasihi Anak2..Bace lah dan ketahui ape kebaikkannye.Jom Bace Blog NINA sbagai "PANDUAN"..Aminn..


  1. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.
  2. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
  3. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
  4. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
  5. Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”
  6. Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.
  7. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
  8. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
  9. Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus akuberbakti? ” Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.” Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”
Senangnya nak buat pahala, kan? Jom buat pahala banyak-banyak!! :)  Semoga Allah swt memberikan kita taufiq dan hidayah untuk mengamalkan dan menyampaikan ilmu ini kepada orang lain.

Adab "Bersolek" Cara Islam...INI Patut Tahu TAU!.



Adab ini adalah amalan yang diamalkan oleh Nabi Yusuf A.S. yang telah diangkatkan darjat dari hamba menjadi seorang pembesar. Barangsiapa yang mengamalkannya setiap hari dan sebati dalam hidupnya, maka mereka akan sentiasa dipandang manis, berseri dan dikasihi pada setiap mata yang memandangnya. Ia juga merupakan rahsia awet muda dan Insya Allah apa yang dihajati akan tercapai.
Amalan:
Apabila menghadap cermin bacalah:
Selawat 3 X
Bismillahirahmanirahim segala puji bagi Allah yang memperbaiki tingkah laku, maka perhaluskan budi pekertiku.
Sentuh muka dengan jari dimulakan dengan..
Mulut
Hidung
Mata
Dahi
Mulalah bersolek. Setelah selesai Baca Bismillahirahmanirahim Doa nabi Yusof (surah Al Baqarah ayat 165) 10X Sambil niat apa yang terjadi sambil merenung ke..
Mulut
Hidung
Mata
Dagu
Selamat beramal.. ;)
Tolong sampaikan pesanan berguna dunia akhirat ini kepada rakan anda dengan menekan butang share di bawah.

Sunday, 4 December 2011

"SAYANG AWAK KERANA ALLAH"...Must REMEMBER that!

"SAYANG AWAK KERANA ALLAH"...



A: Ehh, jaga! Ada tiang kat depan!
B: Fuh… Tengah angan-angan jauh tadi tu terleka pulak sekejap. Kalau awak tak tegur, dah terbabas agaknya. Terima kasih ye.
A: Ehh, jangan jalan tepi sangat!
B: Fuh… Kalau awak tak tegur tadi, tak pasal-pasal jatuh lam longkang agaknya. Terima kasih ye.
A: Ehh, dah lewat ni, cepat sikit!
B: Mujurlah awak ingatkan tadi. Kalau tak terlepas flight saya. Terima kasih ye.
A: Ehh, masuk simpang yang kanan lah bukan kiri.
B: Eh, betul lah. Maaf, terlalai sekejap tadi. Kalau awak tak perasan tadi, mesti dah tersilap jalan. Terima kasih ye.
A: Awak, pakailah tudung yang labuh sikit…
B: ish.. Biarlah! Kita punya sukalah. Sibuk je…
A: Astaghfirullah… Ya Allah, berilah petunjuk kepada sahabat ku ini. Aku hanya ingin keselamatan buatnya. :’(
Sahabat, terima kasih diatas teguran dan peringatan mu di kala ku terlalai. Ku tahu kau hanya inginkan keselamatan buat diri ini, agar ku tidak tersasar dari jalan yang lurus. Sayang awak kerana Allah~
♥...

Thursday, 24 November 2011

"Ciri-ciri kawan sejati"..

salam..kawan2 semue!!..harap ceria2 selalu..
harini juga nina nak kongsi satu blog nina tentang macam mane ciri2 kawan atau teman sejati..kawan adelah orang yang paling rapat dengan kite.tapi kite xprnah terpikir macam mane ciri sejati seorang kawan,hope kite tidak salah memilih kawan yang terbaik untuk kite.kawan lah ade dimase kite senang dan sanggup menjage kamu diwaktu susah.JIKE,kamu anda kawan ciri2 macam nie hargai lah mereka. so,nak tahu lebih lanjut.. jom !la bace blog nina nie... ^___^.

                                                                   "Kawan Sejati"

HARGAI PERSAHABATAN 

CIRI2 kawan SEJATI:

1.Jika kita berbakti kepadanya, dia akan melindungi kita
2Jika kita rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kita
3Jika kita memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kita
4Jika kita menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik
5Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu
6Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya
7Jika kita meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya
8Jika kita berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu
9Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu
10Jika kita merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu
11Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan
12Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
13Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat Mungkin juga kita mempunyai sahabat² seperti ini yang merosakkan kita dan hanya hendak bergembira dengan kita sahaja apabila kesusahan menjelma hilang entah kemana.
sahabat . kawan . teman
yang
TAMAK
Memberi bantuan sedikit sahaja tetapi meminta balasan seluas lautan dan hanya mementingkan diri sendiri.
sahabat . kawan . teman
yang
HIPOKRIT
Bersahabat kerana cerita² dahulu dan berusaha mendapatkan simpati dengan kata² kosong apabila kita meminta bantuan dia menyatakan tidak sanggup.

sahabat . kawan . teman
yang
PENGAMPU
Dia bersetuju dengan semua yang kita lakukan tidak kiralah betul atau salah pekara tersebut, yang sedihnya dia setuju dengan hal² yang tidak berani dia menjelaskan kebenarannya, di depan kita dia memuji-muji kita tetapi di belakang kita dia merendahkan kita.

sahabat . kawan . teman
yang
BOROS & SUKA HIBURAN
Dia menjadi kawan kita jika kita suka berpesta, suka berkeliaran ‘melepak’ yang tidak kena waktunya dan suka ke tempat hiburan ‘clubing’ dan semua pekara yang sama dengannya.

Lastly...hargailah kawan kite sbagaimana dia prihatin pade kite,tidak kire la siape dia.."kaya" or "miskin" semuenye same..x sie2 pon kite berkawan sesorang itu,if dia adelah kawan yang terbaik untuk membimbing kite kejalan benar..insyaallah..AMIN.



Wednesday, 23 November 2011

Cara Mengatasi Patah Hati

salam semue..! hai harini nina nak kongsi cerita macam mane nak hilang rase sakit hati atau "patah hati"..semue kawan kadang2 pernah alami kan???..tipu la kalau nak kata nina x pernah rase,nina pon pernah alami... so meh la dengar tip2 nina nak kongsi pade kawan2 nie....

          "  patah hati"



tips2 ia adela....
*.MENANGISLAH
-biar air mata itu mengalir untuk merase beban dihati kite rase tenang dan puas hati.


*CERITAKAN KESEDIHAN KAMU 
-luahkan pade kawan2 dan orang terdekat kamu tentang masalah kamu hadapi dan ia juge dapat meredakan kesedihan kamu itu.


*JAUHKAN DIRI KAMU DARINYA
- kalau itu membuat kamu merasa lega. 


*HABISKAN WAKTU BERSAMA TEMAN-TAMAN 
-luangkan mase dengan aktiviti luar atau sihat untuk melupakan dia.


*BERPIKIRLAH SECARA MATANG
- Yakinkan diri kamu kalau kejadian itu memang harus terjadi. Percaya pada kemampuan diri sendiri, itulah cara untuk menyembuhkan perasaan.


*GUNAKAN SEMUA KEKUATAN KAMU
- untuk mempertahankan keputusanmu. Hati kamu mungkin hancur lebur, jadi kuatkan semangat kamu  seperti kekuatan dari luar akan menjadi jalan keluar untuk penyembuhan di dalam diri kamu.


*LAWAN RASA TAKUT
 Putus secara mendadak seperti dipaksa mengubah kebiasaan dengan tiba-tiba. seperti menukar perangai kite menjadi orang asing pade kawan kite dan orang lain ,kite kena jadi diri sendiri jangan terlalu ikut perasaan itu..


*GANTILAH
- barang-barang di tempat tinggal kamu yang mengingatkan kamu padanye. jike duduk rumah yang dekat cube pindah dan jauhkan diri dari dia jike susah nak melupakan dia.


last kali...
cubela kamu meminta kuanselor lain yang boleh bantu kamu menyelesaikan masalah patah hati ini,if x boleh juga banyak2 kan solat dan berdoa semoga kamudapat melupakan dia dan dapat bertemu jodoh yang sesuai untuk kamu..keraneee..jodoh dan takdir, dia yang menentukan.so,jangan putus ase ok!


selamat mencube!!!..


akhir kata:
cinta tidak boleh di ungkap dengan kata2,
tetapi keihklasan hati bertemukan kepada cinta sejati untuk selamenyee..